Tuesday, September 13, 2011

Cubaan merokok pertama kali yang gagal

1973
Pertama kali saya cuba menghisap rokok ketika di tingkatan enam atas. Ramai kawan sekelas memang kaki rokok. Malam itu sebelum prep saya diberi sebatang rokok yang telah dihisap, hujungnya masih berasap. Saya terus menyedutnya. Mulut saya penuh dengan asap. Saya tak tahu apa nak buat dengan asap yang ada dalam mulut itu. Ada kawan kata, "cuba telan asap itu." Lalu saya menelannya. Tiba-tiba sahaja kepala saya pening. Badan rasa nak tumbang. Lalu saya susun tiga meja, terus baring di atasnya. Saya lihat siling, saya rasa kelas ini nak telingkup. Saya rasa duduk dalam perahu yang sedang dilambung ombak. Saya baring hingga habis waktu prep. Satu malam yang sia-sia! Peristiwa malang malam itu menyebabkan saya ambil keputusan tidak mahu menyentuh rokok hingga tamat tingkatan enam.

Ada lagi cerita selanjutnya ....

No comments:

Post a Comment