Mengapa Kami Berhenti Merokok
Tuesday, September 20, 2011
Belanja ayah rokok berjenama
Sebulan sekali saya pulang ke kampung. Sudah tentu saya bawa rokok berjenama. Rokok Banson ayah dah rasa. Berikutnya belanja ayah rokok Dunhill pula. Bulan seterusnya belanja rokok Peter Styverson. Saya seronok dapat belanja ayah rasa rokok yang sedap. Waktu saya kecil dulu ayah hisap rokok daun. Selalu juga saya tolong isikan tembakau ke dalam daun. Mengisi tembakau ke dalam daun perlu berhati-hati takut tumpah, lepas itu gulung perlahan jadi bentuk rokok tetapi bentuknya seperti kun panjang. Ayah bawa bekal rokok gulung itu semasa menoreh getah. Jika ayah ada duit lebih ayah suruh saya beli rokok kotak cap orang naik kuda sambil pegang senapang. Waktu kecil suka bantu ayah buat rokok gulong tetapi kini seronok belanja rokok berjenama. Kami ada hobi yang serupa.
Monday, September 19, 2011
Dapat lesen besar mulai Februari 1978
Mulai Februari 1978 saya jadi guru siswazah di sebuah sekolah menengah di Jerantut. Melalui pertolongan GPK, saya dapat menumpang di rumah no. 99, Taman LKNP. Penghuninya ialah Hamdan dan Rahman. Saya cepat mesra dengan mereka. Mereka berdua kaki rokok. Rahman nampaknya sangat murah hati, selalu offer rokoknya kepada saya, apa lagi pucuk dicita umlam yang datang. Bila dapat gaji, saya terus beli rokok dan offer kepada Rahman. "Kini aku ada gaji, maka aku ada lesen besar!"
Sebulan sekali (bila hujung bulan) saya pulang ke kampung. Kini saya sudah berani bawa rokok pulang ke rumah. Malam, makan nasi hidang berhadapan dengan ayah. Biasanya ayah bila lepas makan mesti capai rokok. Ye, kini saya juga begitu. Saya mahu belanja ayah rokok yang sedap. Bila sahaja siap makan saya terus hulurkan rokok yang tercabut sedikit dari kotaknya kepada ayah. Ayah tergamam, perlahan-lahan mengambilnya, sepantas kilat saya menghidupkan api dari lighter canggih kulitnya berkilat, tidak lagi mancis api yang selalu ayah gunakan. Kami hisap rokok dua beranak. Saya berasa puas kerana dapat belanja ayah. Ye, kita nak bagi ayah rasa kenikmatan hisap rokok berjenama.
Akan bersambung lagi....

Thursday, September 15, 2011
Kurang merokok sewaktu di kampus
1974
Mulai Mei 1974 saya berjaya melanjutkan pelajaran di universiti. Kewangan saya sewaktu di universiti sangat ketat. Waktu jadi guru sementara dapat gaji bulanan rm350 tetapi kini biasiswa sahaja kira-kira rm2000 setahun. Wang biasiswa hanya untuk makan dan yuran. Saya beli rokok sebatang sahaja dari kedai makan di universiti. Waktu itu masih belum ada peraturan larangan merokok di sekolah atau universiti Kerap kali saya berjimat sebatang rokok hisap beberapa kali. Bila masuk bilik kuliah padamkan rokok yang membara itu lepas itu selitkan rokok dicelah dinding. Bila habis kuliah terus terkam rokok yang diselit itu dan sambung semula tetapi rasanya kurang enak, macam tengik. Ada kalanya kami berkongsi sepuntung rokok hisap bergilir-gilir. Ketika yang paling seronok bila cuti penggal/semester. Saya pulang ke kampung dan menoreh getah. Bila dapat wang hasil jualan getah rokoklah yang dibeli dulu. Ah lepaskan gian, merokok bersama rakan sekampung. Ketika yang paling seronok sekali ialah selepas main bola. Kami berkumpul di hadapan kedai runcit Ayah Mail P. Tekak terasa haus, maka saya beli air cc. Lepas seteguk masuk ke tekak, kini giliran menyedut rokok pula. Memang nikmat minum cc diselang dengan menghisap rokok. Orang yang tidak merokok tidak tahu bagaimana nikmat yang dimaksudkan. Namun begitu saya tidak pernah menghisap rokok di hadapan ayah. Selama empat tahun saya merokok cara begini. Ada kala sebatang sehari dan ada juga sekali sekala sebungkus (bungkus kecil) sehari.

Mula hisap rokok
1974
Januari 1974, sewaktu menunggu keputusan STP, saya berpeluang menjadi guru GSTT di SMK Alor Akar, Kuantan. Saya tinggal bersama rakan sekampung yang juga saudara mara saya. Mereka ialah Shikh Jabok, Apak Atan dan Raja Kamal. Mereka semua ada kerja tetap sejak beberapa tahun lalu. Mereka ini memang kaki rokok. Pendek kata dalam rumah itu sentiasa berbau asap rokok. Saya juga menghidunya sepanjang masa. Beberapa minggu berlalu maka saya telah lali dengan bau itu. Saya mulalah belajar secara beransur-ansur menghisap rokok tetapi tidaklah selalu kerana belum dapat gaji. Kini saya tidak rasa pening atau loya. Bila sahaja dapat gaji, saya terus beli rokok dan belanja tiga orang rakan saya ini. Oh, kini saya telah jadi rakan serumah yang lebih akrab. Kini saya bukan murid sekolah lagi, berani bawa rokok ke bilik guru dan hisap rokok bersama guru lelaki.
Tuesday, September 13, 2011
Cubaan merokok pertama kali yang gagal
1973
Pertama kali saya cuba menghisap rokok ketika di tingkatan enam atas. Ramai kawan sekelas memang kaki rokok. Malam itu sebelum prep saya diberi sebatang rokok yang telah dihisap, hujungnya masih berasap. Saya terus menyedutnya. Mulut saya penuh dengan asap. Saya tak tahu apa nak buat dengan asap yang ada dalam mulut itu. Ada kawan kata, "cuba telan asap itu." Lalu saya menelannya. Tiba-tiba sahaja kepala saya pening. Badan rasa nak tumbang. Lalu saya susun tiga meja, terus baring di atasnya. Saya lihat siling, saya rasa kelas ini nak telingkup. Saya rasa duduk dalam perahu yang sedang dilambung ombak. Saya baring hingga habis waktu prep. Satu malam yang sia-sia! Peristiwa malang malam itu menyebabkan saya ambil keputusan tidak mahu menyentuh rokok hingga tamat tingkatan enam.
Ada lagi cerita selanjutnya ....

Subscribe to:
Posts (Atom)